Home  I  About Us Services  I  Advertise  I  Join Us  I  View Members  I  Photo Gallery  I  Press Release  I  Contact Us  I  Help

Tamiliyakkam.com

Malaysian Online Free Education

Updated on 1st January 2008

Search Categories

 

Main Menu
Home
About Us
Services
Contact Us

Forum

Press Release
Important Links

 

Job Search

Career Guide

Job Search & Resume

 

Diploma/Degree

SPM Holders

STPM Holders

Matriculation Holders

Diploma Holders

CGPA Calculation

Average Cut Off Points

Entry Statistic

Loan or Scholarship

Links to MOHE

List of IPTA / IPTS

 

UPSR, PMR, SPM & STPM

Notes & Tips
Trial Papers
Education Opportunities

 

You Are Visitor

Since 27th March 2006

 

Home > Guideline

 

Mengapakah kita mengkaji tentang PNGK atau NGMP ini?

Syarat Am dan Keperluan Khas bagi PNGK / NGMP

  • Syarat Am dan Syarat Khas PNGK untuk Permohonan Kemasukan IPTA bagi setiap universiti adalah berbeza ikut universiti;

  • Syarat am yang biasa adalah Lulus Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00; manakala

  • Keperluan Khas yang biasa adalah mendapat sekurang-kurangnya Gred B (NGMP 3.00) pada peringkat STPM;

  • Namun, kita perlu mengikati bahawa Syarat Khas itu adalah syarat minimum dan ia akan meningkat memandangkan jumlah permintaan yang tinggi.

  • Contohnya, Doktor Perubatan di Fakulti Perubatan di UKM. Keperluan Khas Program adalah mendapat sekurang-kurangnya Gred B (NGMP 3.00) pada peringkat STPM. Namun, biasanya pelajar yang mendapat NGMP 4.00 sahaja yang ditawarkan kursus tersebut memandangkan tahap kelulusan mahupun jumlah permintaan yang tinggi.

  • Oleh itu, pelajar yang memenuhi syarat-syarat minimum gagal mendapati kursus yang diminta memandangkan tahap kelulusan mahupun jumlah permintaan yang tinggi.

  • Oleh itu, kajian terhadap CGPA pelajar yang ditawarkan kursus bagi sesi-sesi tahun sebelumnya adalah sangat penting dalam permohonan ke IPTA ini.

  • Namun, pelajar harulah menyedari bahawa Kesemua data tersebut diperolehi melalui soal-selidik daripada pelajar-pelajar yang berjaya memasuki universiti. Kesemua data ini tidaklah muktamad kerana ia akan berubah pada setiap tahun. Maklumat ini hanya boleh digunakan sebagai rujukan dan data ini bukanlah satu Kenyataan Rasmi daripada Kerajaan mahupun Kementerian Pengajian Tinggi. Aktiviti Ko-kurikulum tidak diambilkira dalam pengiraanCGPA tersebut

Sila beri perhatian kepada soalan-soalan berikut dalam borang permohonan?

Soalan-soalan seperti:-

  • Adakah anda bersetuju menerima tawaran selain daripada 8 pilihan anda di atas? dan;

  • Adakah anda bersetuju maklumat permohonan ini dikemukakan kepada pihak lain untuk tujuan pendidikan tinggi negara?;

  • adalah antara soalan yang sangat penting untuk dijawab.

  • Persetujuan pemohon adalah sangat penting bagi Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk membantu pelajar yang gagal menepati permohonan.

  • Jika pelajar menjawab tidak bagi kedua-dua soalan maka KPT tidak mempunyai kuasa untuk menawarkan program lain selain pilihan pemohon dan KPT juga tidak boleh membekalkan maklumat pemohon pihak lain untuk tujuan pendidikan tinggi negara.

Nasihat Kami:

Pelajar diminta membaca semua panduan dan syarat-syarat am dan syarat-syarat khas serta segala keperluan aplikasi dalam talian yang diberikan oleh Kementerian Pengajian Tinggi sebelum membuat permohonan masing-masing. Sebarang kesilapan boleh mengundang kecelakaan.

 

Ciri Keselamatan

  • Sila rahsiakan Kata Laluan dan Nombor Unik ID daripada pihak lain. Pencerobohan maklumat permohonan anda boleh berlaku sekiranya ada pihak lain yang mengetahui ata Laluan dan Nombor Unik ID anda.

  • Anda tidak dibenarkan mengemukakan permohonan melalui rakan anda. Anda perlu mengemukakan sendiri permohonan anda melalui Aplikasi Dalam Talian tanpa melibatkan rakan anda.

  • Anda tidak dibenarkan membuka dua (2) laman web serentak yang mengandungi maklumat anda dan rakan anda dalam komputer yang sama

  • Sila pastikan skrin laman internet anda ditutup setelah anda selesai mengemukakan permohonan melalui Aplikasi Dalam Talian. Bagi memastikan maklumat anda tidak disimpan dalam komputer (cookies) terutama sekali apabila menggunakan komputer di Cyber Cafe, sila laksanakan langkah berikut :-

    • Pada laman internet, sila pilih menu TOOLS --> INTERNET OPTION ;
    • Sila pastikan anda berada pada tab GENERAL
    • Pada bahagian TEMPORARY INTERNET FILES, sila klik butang DELETE COOKIES dan klik butang DELETE FILES
    • Pada bahagian HISTORY, klik butang DELETE HISTORY
    • Klik OK

    [Back to Home]

 

Download the latest version of Adobe Reader

 

Home  I  About Us Services  I  Advertise  I  Join Us  I  View Members  I  Photo Gallery  I  Press Release  I  Contact Us  I  Help

 

 Copyright 2006-2008 tamiliyakkam.com. All rights reserved.

DISCLAIMER: tamiliyakkam.com shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this site.