|
Panduan Penggunaan Tamiliyakkam.com untuk Permohonan IPTA.
(PERHATIAN:
Kesemua
data berikut adalah diperolehi melalui soal-selidik daripada pelajar-pelajar yang
berjaya memasuki universiti. Kesemua data ini tidaklah muktamad kerana ia boleh berubah pada setiap tahun. Maklumat ini hanya boleh digunakan sebagai
RUJUKAN
dan data ini BUKANLAH satu Kenyataan Rasmi daripada Kerajaan mahupun Kementerian
Pengajian Tinggi. Aktiviti Ko-kurikulum tidak diambilkira dalam
pengiraan CGPA
tersebut)
1. Mengapakah kita
mengkaji tentang PNGK atau NGMP ini?
Kita wajar mengetahui Syarat Am dan Keperluan
Khas bagi PNGK / NGMP untuk memohon IPTA. Sememangnya, Syarat Am dan Syarat
Khas PNGK untuk Permohonan Kemasukan IPTA bagi setiap universiti
adalah berbeza ikut universiti; Syarat am yang biasa
adalah Lulus Peperiksaan
Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan mendapat
sekurang-kurangnya PNGK 2.00; manakala
Keperluan Khas yang biasa adalah mendapat sekurang-kurangnya Gred B
(NGMP 3.00) pada peringkat STPM;
Namun, kita perlu mengingati bahawa Syarat Khas itu adalah syarat
minimum dan ia boleh meningkat memandangkan jumlah permintaan yang
tinggi.
Contohnya, Doktor Perubatan di Fakulti Perubatan di UKM. Keperluan
Khas Program adalah mendapat sekurang-kurangnya Gred B (NGMP
3.00) pada peringkat STPM. Namun, biasanya pelajar yang mendapat
NGMP 4.00 sahaja yang ditawarkan kursus tersebut memandangkan tahap
kelulusan mahupun jumlah permintaan yang tinggi. Dengan ini, pelajar yang memenuhi syarat-syarat minimum gagal
mendapati kursus yang diminta memandangkan tahap kelulusan mahupun
jumlah permintaan yang tinggi.
Oleh itu, kajian terhadap CGPA pelajar yang ditawarkan kursus bagi
sesi-sesi tahun sebelumnya boleh dikatakan penting dalam permohonan
kursus yang sesuai atau permohonan ke
IPTA ini.
Namun, pelajar harulah menyedari bahawa
Kesemua
data tersebut diperolehi melalui soal-selidik daripada pelajar-pelajar yang
berjaya memasuki universiti. Kesemua data ini tidaklah muktamad kerana ia akan
berubah pada setiap tahun. Maklumat ini hanya boleh digunakan sebagai rujukan
dan data ini bukanlah satu Kenyataan Rasmi daripada Kerajaan mahupun Kementerian
Pengajian Tinggi. Aktiviti Ko-kurikulum tidak diambilkira dalam
pengiraanCGPA
tersebut.
2. Sila beri perhatian
kepada soalan-soalan berikut dalam borang permohonan?
Soalan-soalan
seperti:-
Soalan-soalan tersebut adalah
antara soalan yang sangat penting untuk dijawab.
Persetujuan
pemohon adalah sangat penting bagi Kementerian Pengajian Tinggi
(KPT) untuk membantu pelajar yang gagal menepati permohonan. Jika
pelajar menjawab tidak bagi kedua-dua soalan maka KPT tidak boleh menawarkan program lain selain pilihan pemohon
dan KPT juga tidak boleh membekalkan maklumat pemohon kepada
pihak lain untuk tujuan mendapatkan tempat di institusi
pengajian tinggi yang lain. (sila rujuk KPT untuk maklumat lanjut).
Nasihat Kami:
Pelajar diminta membaca semua panduan dan
syarat-syarat am dan syarat-syarat khas serta segala keperluan aplikasi
dalam talian yang diberikan oleh Kementerian Pengajian Tinggi sebelum
membuat permohonan masing-masing. Sebarang kesilapan boleh mengundang
keperitan.
Ciri Keselamatan
-
Sila rahsiakan Kata Laluan dan Nombor
Unik ID daripada pihak lain. Pencerobohan maklumat permohonan anda
boleh berlaku sekiranya ada pihak lain yang mengetahui ata Laluan
dan Nombor Unik ID anda.
-
Anda tidak dibenarkan mengemukakan
permohonan melalui rakan anda. Anda perlu mengemukakan sendiri
permohonan anda melalui Aplikasi Dalam Talian tanpa melibatkan rakan
anda.
-
Anda tidak dibenarkan membuka dua (2)
laman web serentak yang mengandungi maklumat anda dan rakan anda
dalam komputer yang sama
-
Sila pastikan skrin laman internet anda
ditutup setelah anda selesai mengemukakan permohonan melalui
Aplikasi Dalam Talian. Bagi memastikan maklumat anda tidak disimpan
dalam komputer (cookies) terutama sekali apabila menggunakan
komputer di Cyber Cafe, sila laksanakan langkah berikut :-
- Pada laman internet, sila
pilih menu TOOLS --> INTERNET OPTION ;
- Sila pastikan anda berada
pada tab GENERAL
- Pada bahagian TEMPORARY
INTERNET FILES, sila klik butang DELETE COOKIES dan klik
butang DELETE FILES
- Pada bahagian HISTORY, klik
butang DELETE HISTORY
- Klik OK
CARTA ALIRAN
PENGGUNAAN TAMILIYAKKAM.COM UNTUK
PERMOHONAN KEMASUKAN KE IPTA
MENGIRA CGPA ANDA
DENGAN BETUL DAN TEPAT
(Sila
klik
CGPA CALCULATION
ini untuk Artikel berkenaannya)
↓
SILA KLIK
“AVERAGE
CUT OFF POINTS”
DI MUKA DEPAN
LAMAN WEB INI.
↓
SILA PILIH
SALAH SATU UNIVERSITI DARIPADA SENARAI UNIVERSITI
↓
PURATA
CGPA PELAJAR YANG TELAH MEMASUKI KE IPTA
BAGI SESI
AKADEMIK 2008/2009,
2006/2007,
2005/2006
↓
SILA PILIH
KURSUS YANG SESUAI BERPANDUKAN CGPA TERSEBUT
|