Pemohon yang menggunakan kelayakan STPM 2007 atau tahun sebelumnya

  • Pemohon yang menggunakan kelayakan STPM 2007 atau tahun sebelumnya adalah menghadapi masalah dalam permohonan ke IPTA kerana mereka telah silap membeli Nombor Unik ID.

  • Ini kerana pemohon yang berkelayakan STPM yang diambil pada tahun 2007 atau tahun sebelumnya tidak dikategorikan di bawah kategori Lepasan STPM 2008 malah mereka harus menyedari bahawa mereka tergolong di bawah Kategori Lepasan Diploma/Setaraf.

  • Permohonan melalui Aplikasi Dalam Talian bagi kategori Lepasan Diploma/Setaraf ini telahpun mula pada Mulai 05 Januari 2009 dan tarikh tutup pada 05 February 2009.

  • Pelajar yang tergolong dalam kategori ini bolehlah menghubungi Kementerian Pengajian Tinggi untuk maklumat lanjut tentang permohonan university.

    Untuk maklumat lanjut sila hubungi

    Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar
    Jabatan Pengajian Tinggi
    Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
    Aras 1, Blok E9, Parcel E, Presint 1
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
    62505 Putrajaya

    Tel : 03-88835801/5802
    Helpline : 03-88835848
    Hotline : 08-88835858
    Faks : 03-88894260
    Emel : upu@mohe.gov.my